Thursday, December 24, 2009

Tempahan Customized tshirt

Untuk yang nak bertanya berkenaan tempahan felt tshirt tu boleh KLIK SINI .
Kalau yang nak tengok design tshirt yang pernah saya buat pula boleh KLIK SINI.

Tuesday, December 15, 2009

Pemenang Customized Tshirt Giveaway

Yeahh tamat sudah masa untuk menyertai Customized felt tshirt giveaway itu... Ramai betul yang turut serta. Jangan risau jangan takut, anda mungkin berpeluang memiliki tshirt tersebut. Terima kasih pada yang menyertai, ada juga sempat membuat tempahan dalam jangka masa tersebut. Tak rugi saya buat giveaway ini.

Nak Tau siapa yang menang???. Siapa yang menang dan bertuah tu boleh diketahui di.... (SELEPAS INI.. SEMUA UPDATE SAYA AKAN BUAT DI BLOG BARU INI.. SUDAH TUKAR YEA... ;))

Customized Felt Tshirt Giveaway...

STICKY POST: SCROLL BELOW FOR NEW ENTRY

Tak lama lagi saya nak lancarkan produk terbaru dari kedai saya. Customized Felt Tshirt. Berwarna-warni, anda boleh pilih design untuk dihasilkan diatas tshirt anda. Sebelum pembukaan secara rasmi. Saya nak buat giveaway sebagai cara promosi awal.

Bukan satu tshirt tapi 4 tshirt akan diberi kepada 4 orang yang bertuah (sorang satu lah eh heheh). Tak kisah la untuk saiz apa pon. Kalau dah menang cabutan bertuah tu anda boleh request nak buat design apa.
Syarat-syarat untuk memasuki dan memenangi giveaway ini adalah (senang aje..):

1. Buat satu entry khas di blog anda untuk Customized Felt Tshirt Giveaway. Nyatakan juga design/perkataan yang anda ingin lihat diatas tshirt anda.
2. Tinggalkan komen anda bersama link entry yang telah anda buat berserta email diruangan komen
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2009 jam 12.30tengah hari.


contoh komen: TiniHani nak joint.. saya nak word:FAMILY pic:LOVE

Itu aje... Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik khas nanti.

p.s: Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan awal pon boleh. Boleh dipakai dimana saja tak kira untuk bersiar-siar, mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir, Photoshoot, family day dan pelbagai lagi majlis. Email saja ke tinihani@gmail.com


Penyertaan:

Sherry:
Taufidris: BABAH SAYANG AKIF (pic abah n anakz)
Syakila: HAPPY BESDAY CAYANG (birthdaykek)
Anin: SYAHMI(pic baby boy atas kets)
e.l.i.s.s.m.i.e: NUHA's FAMILY (pic ibu, ayah, daughter)
Haida: PRINCESS (pic tiara)
YanaCraft: DIET GIRL (cute fruits)
InaHaiqal: QAISARA (lovely rose)
Sarah: SARAH (pic small love)
Lynn: breastfeeding mama with father & another son.
Sha@MamaTina: QISTINA (Satu love besar dikelilingi love kecik-kecik terabur)
MamaZharfan: WORLD'S BEST MOM
Cikgu Yie: I'M CIKGU YIEE (pensel 2B)
Atiqah: ATIQAH (pic Mortar hat and love)
Iefa: ABANG & SAYANG (pic love)
Ross: KHAIRIN KHALIS dan picture 2 or 3 Loves...
Mama Darwisya: NUR DARWISYA DAMIA
Kak Ngah: MUMMY's KINGDOM (seorang omak ngan tigo orang anak bujangberusia 10,5 & hampir 2 tahun)
Delaila: MUMMY & ADEL (Pic: BabyGurl&Mummy)
ArniNasir: We LOVE Mama!(with lot and lot of LOVE)
Juniza:I LOVE Mummy (pic Ibu dan baby Boy)
Ogy: BUAH HATIKU (love)
anamarza: MAMA's LITTLE HERO (pic superboy)
Shai: ELEVENTH COLLEGE (butterfly purple)
Bieha: I LoVE JohOr (Love)
hazdi: I LOVE AYAH & IBU (heart shape)
Ika: word : e-CaR (kereta)
S.G.K.:::: teddykatak :::: (gmbr katooon puteri katak yg pegang bola rugby
Ibu Arifa: ARIFA DALILA (pic: 1 rose and 3 small 'love')
Eliza:We love Mommy (mom dan kids (girl & boy)
Savemezero: ALYA (Barney)
AinErza: Adib GOOD BOY (rainbow)
Sue: DIANA LOVE MAMI & PAPA(LOVE dan ada gambar mami, papa n baby girl)
Aishah: I LOVE BREASTFEEDING (Logo I Love Breastfeeding)
liwanel: MAMA's lil BOY (boy with ball)
yana: ARIQ LUV MUMMY (Pic : love)
Inasepi: happy family (ayah,ibu dan bb boy)
Inahasan:word:yummy (cupcakes)
Mrs. Ndru:HOT MAMA (pic love, dady, mamy, little boy)
aie.ezza: aie.ezza's family..(ayah, mama & little hero)
yantz-yeem: AQIL love beber & cars (bear vs car)
as:Hafiy (gambo love) ayah&mama
Kat atas tulisan tu gambo satu family ayan n ibu sedang pimpin anak (just nampak bentuk warna hitam)
Lisa:Erieysa" n letak (love merah besar n nama letak kt tengah2 love 2)...
Em:"Emir's 4th Birthday" (Kek :)
fazilzura: AKIL (POCOYO&gang)
oya: " aKuKaN aBaNg " (boys (tak kiralah camne pun)
Ejan mapet:I love mummy & daddy
iema: AIDIL (Upin&Ipin)
Aple de gadiz: Best Men Win (sport car)
wirdah: WE ARE ONE,rindu kamu! (2 org lidi(kecil shj)(boy&girl)
Wani:Mummy love Hariz (LOVE & ada pic baby)
Ibu Ayra: AYRA (small n cute roses n buterfly)
mama balqis: word-balqissayang, (ayah ibu baby )
mama Tisya: TISYA pic: minnie mouse
edden essey: I'm Lady Photographer (Camera )
Segalanya kuterima:
Nunya: Ibu&Ayah {pic of Love} Ali Hakimi
Nana: DAMIA (FAIRY)
Aqis: balqis (love )
dyahaha: RIFHAN (BBY BOY WITH BALL )
Sitisifir: Gambar : 2 kepala budak perempuan pakai tdg dgn 2 kepala budak lelaki pakai kopiah dengan satu baby dalam bedung gitu
Tulisan : Kami Anak Soleh
Alycia: ADAM (Baby boy )
Chempaka: baby love u (baby senyum)
Bonda: MyFamily (love)
IedaluvSham: AMANDA (CROWN )
rien z: haziq (transformers )
Aimila: tulis mama mcm kat dlm gambar yg hani tunjuk tu. 'sejibik' cam tu, ehhh
ciklubakpink: saye emo, (budak perempuan )
iqakiko: Aieqa (gitar plus bola tampar )
ulisted one: Mama Diha (Ibu dengan toddler (girl)
Hui-Wearn: Evan pic : Gingerbreadman
Nurul: SOFIA SAYANG EMAK & ABAH(Untuk Background 1 AWAN BESAR + 1 AWAN KECIL + BEBERAPA LOVE KECIL)
Lady D: ONEIRA (BARBIE GIRL yg cute)
Zai: akif love mummy zai (bb boy dan ibu)
Sari: 2gether n 4 ever (gmbor buku terbukak n ader cincin n rama2 (mcm gmbor yg ksari attach tu )
Nafira: Love My Family (Love)
atteya azmi: [Me,Myself,N I>>Putri Nor Atteya] (gambar princess pki crown..:)
Miss Lina: 'Birthday Girl', ( "Birthday Cake')
Qis: DARWISH , ( prince)
adila: cute girl, (gmbr girl wif luv..)
CT: Mama & Ayah,heart shape in red color,pics of our daughters..
hanie: Princess Khayra (ada crown or princess)
Atia Adina: Atia Adina (picture love)
myheart: sayang ibu & abah (love pink kecik2)
diba:word: ewan LOVE dieba pic : Love kecik dan besar di merata2 tempat... (wah tamak gituu...!!!) dan 3 kuntum bunga rose pink :)
izan cute:pic..awan@love word:sayang selalu
nadnye : Design:Crown as a Princess atas muka yang comel
Yatie chomel: word : CHOMEYL pic : mini-me Yatie Chomeyl
norlaila: Norlaila (selipar)
mammiseri: pic : kure kure katon word: AJAX
butterfly: frankenstein cat
alameen: word :AL-AMEEN JUNDULLAH pic: BINTANG

Monday, December 14, 2009

Terbang bersama-sama

Bungkusan khas yang ditempah khusus buat ROCK MAMA sudah berlepas dan dijangka tiba diselatan tanah air esok hari. Untung rock mama ada BFF.

Oh ya... jom sama-sama terbang ke halaman baru saya.. halaman baru untuk masa dean baru (tapi dalam dia sama sahaja.. masa hadapan mungkin berlainan)p



buat rakan-rakan pincushion.. apa cerita terkini anda.. esok due date yer.. esok gak due date untuk giveaway saya.. siapalah yang bertuah tu... :)

Sunday, December 13, 2009

Warna-warna pelangi

Bila membeli benang untuk membantu kerja menjahit saya, rasa macam beli candy pula. Warna warni, ceria betul. Tapi saya masih mencari tempat letak benang idaman hati tu. Ada yang beri link tempat benang tu tapi belum sampai menambat hati (demand betul la... kalau boleh nak dapat yang sampai puas hati..) Banyak lagi warna benang yang perlu saya ada. Kalau banyak pilihan benang boleh pelbagai lagikan hasilnya.

Tshirt untuk peminat saya.. hahahha (terima kasih kerana menempah ye). Kalau yang nak menempah tu untuk dewasa, boleh je request macam-macam warna sebab saya dah ada pembekalnya tapi kalau untuk kanak-kanak masih mencari yang sesuai. Terhad sikit pilihan warna. Banyak pula entry hujung minggu ni. Bila tiba-tiba rajin nak mengemaskini, ini lah hasilnya. Kalau tak sunyi sepi aje. :)

Bahan bacaan baru

Lama tak singgah ke Kinokuniya. Bila terbacakan blog AnasFadilah haritu yang sibuk berceritakan membeli majalah/buku di sudut bahasa mandarin, saya pon turut mencuba mencari di sudut DIY bahasa mandarin. Betul la memang banyak buku DIY. Mula-mula memang semua orang duk jeling saya sebab sibuk kat rak DIY tu, tapi saya buat tak tahu. Seronok sangat sebab banyak buku menarik dan harga pun murah dari jual online. Apa sahaja yang berkaitan craft ada kat situ tapi dalam bahasa mandarin atau jepun la. Ahaks. Tapi dia punya penerangan melalui gambar tu dah cukup untuk difahami. Antara buku yang mendapat perhatian dan dibawa pulang: buku menjahit beg, menjahit felt dan buku 1600 bentuk. Buku yang 1600 bentuk siap ada cd ada template. Semua gambar-gambar cute ada dalam tu. Geram betul.
Ini yang buku jahit felt tu. RM10 aje. murahkan. geram okeh tengok pic tu semua. Nasib la tangan ada dua aje, kalau tangan macam octopus boleh ke buat semua.. ahhaha tapi nak ke tangan macam octopus. Ada sesiapa yang baru beli majalah/buku jahitan? Marilah kita kongsi bersama. :)

Saturday, December 12, 2009

Nota-nota muzik yang makin dilupakan..

Buat apa weekend ni? ramai yang dah nak mula cuti panjang. Saya masih berkira-kira nak bercuti ke mana. Tak pergi jauh la, mungkin dekat-dekat sahaja. Cadang dihati dihati nak bawa sikecik tu berendam. Kakak dulu 4bln dah mula masuk pool, adik dah terlewat ni. Nanti la ye dik.. mama aturkan sesi berehat kita. Balik kampung memang agenda wajib setip bulan kan, so memang aktviti rasmi la tu.

Antara yang dah hampir siap, cuma tinggal nak dijahitkan keatas tshirt. Ada yang dijahitpon, macam biasa la entry lambat. Kalau dah selesai semua dan dah sampai ketangan pemiliknya nanti saya update kembali. Tu yang saja je tindihkan antara satu sama lain.

Yang ini separuh dah selesai jahit, separuh lagi baru selesai digunting. Mencabar gak nak buat nota-nota uzik tu. Tiba-tiba teringat zaman zekolah rendah, belajar nota-nota muzik sebab wajib memainkan rekoder (betulkah ejaan ni? yang rupanya ala2 seruling tu.. hehehehe), sekarang semua dah lupa. Nampak sangat saya tiada bakat bermain muzik.

Minggu ni nampaknya agak panas, tapi tak sepanas tengah tahun haritu. Dah la tgh mengandungkan adik, memang panas yang tak ingat dah waktu tu. Saya suka sangat bila minggu hujan yang lepas, nyamannya.. sejuk aje tapi jangan sampai banjir dah la. Menyesal plak nanti. Ok la, entry ringkas saya dihujung minggu.

Related Posts with Thumbnails